Suikology.

Findings of a nonpareil unequalled unparagoned unprecedented deviant specimen.

Ochlophobia.

with one comment

Written by Takahara Suiko

18 October 2010 at 17:29

Selamat Hari Raya.

with 2 comments

Assalamualaikum.

Itu dia cik Zee kita mendendangkan cover ter-best di alam semesta. Suara klasik weh, KLASIK.

Written by Takahara Suiko

11 September 2010 at 09:16

Posted in Jurnal, promosi

Paolo Nutini.

leave a comment »

Assalamualaikum.

I don’t know words enough to describe him.

If anything, one of them is because he’s Scottish.

Written by Takahara Suiko

27 July 2010 at 10:14

Posted in promosi

Flings. Doppelgängery. Cheese.

with 3 comments

Assalamualaikum.

Dawn; and none is ever lost. Over great impossible lengths; vows itself everyday.

I thank you.

—————

Internet flings.

I’ve had a few since I first started mIRC when I was ten.

And there was even this one time I dumped a fine, warm-hearted lad who went by the nickname harry_james_potter.

Mine was hippogrif_buckbeak.

Yes I misspelled ‘Hippogriff’.

I was eleven.

He was dumped because he was not as physically charming as I thought he would be.

Perhaps my arseholiness starts to give away around then.

Oh how I regret doing so.

Because what goes around comes around.

Finally, I have paid for that.

—————

Let’s name this person Doppelgänger.

Doppelgänger heard me screaming my head off over the net.

And somehow the gremlin-magic effect worked on Doppelgänger.

So Doppelgänger tried to send a carrier pigeon, no wait, eagle, and was expecting no reply because Doppelgänger assumed I am busy dealing with life.

Oh how wrong Doppelgänger was.

We kept on sending carrier eagles since then.

Doppelgänger kept on being closer to what I am.

And what I expected him to be.

Thus the Doppelgängery.

We kept on sending carrier eagles since then.

And I still couldn’t believe till now, for that was the second time I followed the instructions of whatever I have wrote.

I became a damsel in much distress.

I brought my ego down.

To the point of non-existent.

And I was either semi-declined or declined extremely delicately.

That was how good Doppelgänger is at words.

How Doppelgänger is, according to my words, a genius cocain-addict and I am, according to his words, a cool imaginary friend.

And in between that all.

I felt like a douchebag.

Because I got the toy I wanted.

And as always I want to shove it into the closet.

But after some time, a birdie told me Doppelgänger felt the same douchebaggery way too.

We can’t help it.

We’re each other’s Doppelgänger.

What worse is, when I thought Doppelgänger was hanging on to my pinkie(because of the semi-declining debacle), my eyes was eating up real candies, and my feeling mushy.

While holding the non-existent pinkie tight.

Sometimes I forgot my pinkie is hooking up with a fragment of my imagination.

But most of the time I didn’t.

But still.

I felt the need to give and to not give the shrunken ego period an end.

Because I instead became, and always have been the one hanging.

And finally.

After forcing the story of Doppelgänger’s whereabouts out of said birdie.

And the friend told the blatant truth in the most, delicate way possible.

Which cannot be made up on its own from scratch because the tale was long.

I don’t shait you, it really was a tale.

I felt calm.

I feel calm.

Despite this ridiculously whiny post, I feel calm.

I don’t want to dig his eyeballs out, nor kill him.

Which is strange.

Because despite my hurting myself, I usually hold up my finger towards anyone else.

Be it the fore or the middle.

I think my ego has grown back to its supposed normal size.

Normal, just like everyone elses’.

But I realised I went up higher than where I should be standing.

My conscience is trying to make myself harder to reach.

I kind of thank him for that.

Albeit it is surprising something as little and time-wasting as a fling can affect my judgement that much.

.

Well, all’s well that ends well.

Written by Takahara Suiko

23 July 2010 at 11:59

Posted in journal

Alam barzakh.

with 2 comments

Assalamualaikum.

Kehidupan aku taklah semenyeksakan kehidupan waktu perang.

Makan cukup. Mandi cukup. Tidur tak berapa sebab sibuk melongo.

Tapi sebagai seorang remaja, belia yang masih lagi belum matang, aku suka menghiperbolakan besut sehingga menjadi gunung.

Dan bila orang canggah sikit, aku maki belakang macam dia pernah rampas dompet aku dan buang duit kat pachinko.

Wait what.

Apa-apalah.

Dan, belakangan ni aku makin banyak fikir tentang…hidup.

Lepas aku habis sekolah, lepas dah dapat kerja, lepas dihantar oleh Abah kepada lelaki yang bakal jaga aku seumur hidup, lepas dah dapat anak, lepas anak dah kawin, lepas dah pencen, lepas hembus nafas terakhir.

Terutama lepas hembus nafas terakhir.

Aku tak nak bunuh diri. Itu bukan sahaja suatu pekerjaan yang bodoh. Itu berdosa. Tambahan pahala tak cukup ditapau lagi.

Aku selalu terfikir pasal alam selepas itu. Nak merasa. Cuma bukan dengan cara meragut nyawa sendiri. Mahupun menyuruh orang meragut nyawa aku.

Jangan risau. Aku terfikir perkara ini pun sebab ini benda yang pasti; semua yang hidup akan ada akhirnya. Dan sebagai manusia yang suka menghiperbolakan perihal kecil, itu memang semestinya akan terlintas di fikiran.

—————

Tipu.

Aku terfikir pasal tu sebab deria keenam cikgu aku yang kadang-kala aku ragui.

Waktu itu kelas Bahasa Jepun. Kami(aku, budak Laos dan cikgu kami) borak-borak sampai ke topik yang paling aku tak suka dengar.

Hantu.

Dia kata orang Jepun suka bercerita cerita hantu waktu musim panas sebab bila cerita macam tu keluar, badan rasa seram sejuk dan tak payah pakai ekon(sila rujuk pos sebelum ini tentang betapa panasnya musim panas Jepun. PANAS GILA SIAL).

Dan, dia beritahu kami, dia merupakan antara Orang Tersebut, yakni yang mampu melihat makhluk halus.

Aku duduk kat tingkat satu seorang diri sebab Tingkat Satu(= Malaysia punya Ground Floor) khas disediakan untuk pelajar luar negara dan 専攻科生(pelajar…aku tak tahu dalam BM/BInya apa…pokoknya macam post-diploma, pre-master-ish…BAH aku tak tau) dan aku seorang sahaja kaum Hawa yang wujud dalam kedua-dua kategori tersebut. Di sebelah asrama kami ada satu bangunan, mungkin sekali gimnasium lama yang disumbat bermacam-macam jenis perabot dan barang-barang lama…macam stor besar lah. Dan di dinding luarnya ada akar pokok yang menjalar yang dah mati. Bayangkan betapa menakutkannya bangunan tersebut.

Aku bagitau cikgu aku janganlah cerita cerita hantu sebab aku ni penakut dan dari luar balkoni bilik aku, jarak dalam 5 meter atau kurang wujudnya bangunan berhantu tersebut.

Dan dia kata sesuatu yang aku tak berapa paham.

‘Jangan risau, saya dah tanya orang-orang kat situ, mereka kata tak ada apa-apa yang menakutkan, jadi jangan takut ya.’

Dalam hati aku, oh, dia pernah tanya pakcik dan makcik kawasan situ pasal kewujudan makhluk halus kat bangunan tu dan menurut kata-kata mereka dia pasti yang kat situ tak ada apa-apa yang menakutkan aku.

Waktu sesi ‘perbincangan’ tu aku tak perasan yang dia sebenarnya merujuk kepada ‘penduduk halus’ kawasan tersebut. Aku tak tahu kenapa, tapi dalam otak aku imej yang keluar ialah situ merupakan kawasan perumahan yang mengelilingi bangunan tersebut, macam Taman Seri Desa atau apakebenda. Tapi sepanjang perbincangan tersebut aku lupa yang situ merujuk kepada bangunan tersebut sahaja.

Dan, dia gatal sambung lagi cerita seram : dia kata malam-malam dia diganggu makhluk halus yang dia boleh nampak dari segi deria bunyi, deria sentuh, dan semestinya deria keenamnya; makhluk itu berbisik, makhluk itu angkat selimut, makhluk itu muncul.

Aku dah la tinggal sorang, memang sungguh, aku rasa macam tak nak malam datang langsung. Tambahan, aku bagitau dia yang waktu malam aku kadang-kadang dengar bunyi yang kedengaran dalam masa satu saat, macam satu serpihan  kecil kaca jatuh(contoh ya; aku tak ingat apa yang aku dengar), atau bunyi skru jatuh.

Aku cuba meyakinkan diri yang bunyi-bunyi itu datang daripada bilik-bilik di tingkat atas.

Tapi dia dengan muka seriusnya cikgu aku kata, ‘Tak, itu pasti mereka.

Aku rasa roh aku terbang untuk lima minit waktu itu.

Kalau korang mampu tengok muka aku, aku yakin korang akan kata aku perlukan blood transfusion dengar kadar yang segera.

Aku tak dapat menumpukan perhatian pada apa yang diterangkan oleh cikgu dalam masa lima atau lebih minit tadi.

Kemudian.

Cikgu aku tanya.

‘Izzaty, awak ada datuk yang dah meninggal yang berumur 50-an ke atas?’

Aku teringatkan dua orang pakcik aku, kedua-duanya abang mak aku sebab dalam jangka masa muka aku pucat tadi, aku tersilap dengar ojisan(pakcik) bila cikgu aku cakap ojiisan(atuk).

‘Ada, dua orang.’

Aku ingatkan dia nak tanya mereka meninggal sakit apa apabila dia tiba-tiba buat penyataan dalam nada pertanyaan,

‘Badannya kurus.’

Dari yang pucat tadi, aku rasa memang roh aku sudah berada di dimensi lain untuk sejenak.

‘Dia kata jangan takut, jangan risau, dia akan jaga kamu daripada makhluk-makhluk jahat.’

Terpinga.

‘Dia tengok kamu ni macam lelaki, sepanjang masa berusaha sangat. Katanya jadilah macam perempuan lain, buat kerja perlahan-lahan.’

Sebak.

‘Dia kata malam-malam tidur, selimutlah kaki, kalau kaki sejuk tak elok untuk kesihatan.’

Terpaku.

‘Dia selalu buat bunyi-bunyi sejenak tu, sebab dia nak cuba berkomunikasi dengan kamu.’

Tergamam.

‘Dia nak kamu dan keluarga kamu tau yang waktu dia pergi dulu, dia tak rasa terseksa.’

Air mata bergenang.

‘Dia ayah mak kamu?’

Angguk. Sedangkan datuk paternal aku dulu pun kurus juga orangnya.

‘Dia tengok mak kamu sunyi. Dia minta kamu jaga mak elok-elok.’

Air mata keluar. Deras.

‘Jangan takut, atuk kamu akan jaga kamu.’

Sedu. Makin deras.

—————

Aku percaya dan tak percaya cakap dia lepas fikir dalam-dalam petang tu sebab aku rasa dia ni psychopath, macam yang aku tengok dalam satu episod House. Mungkin dia saja nak tengok reaksi aku apabila dia kata macam tu, atau dia cuba tenangkan aku daripada fikir banyak sangat pasal makhluk halus sampai tak boleh tidur seminggu.

Tapi masakan dia tau yang aku ni secara tidak sengaja berusaha setiap hari untuk mengatasi kaum Adam? Kalau nak tengok dari pakaian aku saja tak cukup. Dan aku sedar sepanjang kelas dia, aku berkelakuan agak sopan santun dan mungkin sedikit keperempuanan, langsung tidak menonjolkan perilaku kelelakian.

Dan masakan dia tau yang Tok Ayah itu kurus? Dan ayah kepada mak aku?

Dan dulu waktu aku tidur selalu jugalah selimut terselak di bahagian kaki walaupun sebelum tidur memang aku dah semat kemas-kemas kaki aku dalam selimut sebab takut jadi macam Ju-On yang tak pernah pun aku tonton.

Macam mana dia boleh tau pasal tu?

Lalu aku bermonolog luaran : Kalau Atuk betul ada kat sini, malam ni sila buat bunyi. Mekasih.

—————

Malam.

Aku tidur bertemankan heater, dan tak ada pergerakan angin langsung dalam bilik.

Hampir terlelap.

Terdengar bunyi seperti ada orang lalu tepi plastik yang aku letak di tombol pintu.

Walaupun bunyinya seperti plastik itu terletak di luar bilik.

—————

Dan aku hanya mampu percaya.

Tok Ayah memang sentiasa menemani aku.

Written by Takahara Suiko

17 July 2010 at 18:44

Posted in Jurnal

Bapak best gila siot ada life.

with 7 comments

Assalamualaikum.

Saya ada kehidupan.

AKHIRNYA.

Setelah beberapa minggu jugaklah tak keruan fikirkan masa yang berlalu begitu sahaja dibazirkan dengan…

Melongo.

Tak, itu bukan ayat bunga.

Sungguh aku fikir sebegitu.

Rasa penat gila sebab kejar waktu.

Sekali lagi, bukan metafora.

Suatu hari nanti kamu mungkin akan faham.

Lagi-lagi apabila kamu tinggal seorang diri di tingkat satu sementara orang lain tinggal di tingkat atas sebab senior minta sekolah sediakan pendingin hawa(Untuk pengetahuan kamu, ini merupakan susunan kata majmuk yang tepat. Sila rujuk cikgu Bahasa Melayu kamu untuk maklumat lanjut lagi terperinchi, maaf, terperinci) untuk pelajar luar negara sebab musim panas Jepun sangat, SANGATLAH menyeksakan.

Bayangkan kawasan geografinya seperti yang berikut :

- Kolej aku terletak di pekan(kampung?) Takuma, bandar Mitoyo, daerah Kagawa, pulau Shikoku(pulau paling kecil antara empat pulau utama Jepun). Kalau kamu rajin Google, silalah. Aku tak serajin itu belakangan ni.

- Seperti yang kamu sedia lihat kalau kamu Google Map, Takuma itu terletak di tepi laut. Ya, laut. Jadi kenapa musim panasnya menyeksakan.

- Kalau terletak di tepi laut, maksudnya hujan dia memang tak boleh belah lah. Bukan lebat sampai tahap Malaysia. Cuma…alah, hujanlah.

- TETAPI, kalau kamu lihat sekali lagi kedudukan Takuma itu, pekan tersebut terletak di kawasan lindungan angin.

- Ya. TAK ADA ANGIN LANGSUNG. Sampai ke tahap, tadi, waktu hujan dan aku naik bas ke pasaraya dan lalu tepi laut, aku perasan tak ada ombak langsung. Laut nampak macam tasik. Bukan. Macam lopak air. Kamu tak dapat bayangkan situasi tersebut, bukan?

- Dah lah tak ada angin, lepas hujan terus matahari naik. Lalu, udara sangat, sangatlah lembap. Rasa macam tak nak keluar langsung. Buka kipas lagilah panas. Itu, aku tak pernah rasa lagi, dengar senior cakap-cakap saja. Maklumlah bilik ada ekon.

Eniwei.

Di sini aku senaraikan maksud ‘ada kehidupan’ yan aku sebut awal tadi.

- Latihan badminton dari pukul 16 sampai 18 hari Selasa, 16-20 hari Jumaat, 09-12 hari Sabtu.

- 7 atau 8 haribulan Julai nanti aku kena buat persembahan sebab padan muka sape suruh mengada masuk kelab Light Music(Keiongakubu/Keionbu/K-Onbu).

- Repot eksperimen yang sangatlah ohsem. Ya bagi kamu mengkaji daya elektromotif dan rintangan dalaman sel kering itu sangatlah membosankan. Hei, sekurang-kurangnya aku tak bunuh katak dan seksa tikus.

- Cari maklumat tentang tempat-tempat menarik di Jepun. Kami ditaja untuk merantau, bukan untuk dok terperuk kat satu tempat lepas tu baca buku sampai tak ingat dunia, atau buang duit beli SLR lepas tu tangkap gambar dalam seting Auto. Baik tak payah hantar gi luar negara.

- Aku akhirnya memahami cara belajar terbaik setelah sekian lama membuat eksperimen pada diri sendiri sejak Tingkatan Satu dulu. Ya bunyinya skema tapi aku bahagia ulangkaji setengah jam satu subjek setiap hari sebelum tidur.

- 30 Jun, YA RABU NI, aku kena bentang kepada Tuhan-saja-tahu-siapa-yang-akan-datang-ke-Majlis-Pengenalan-Pelajar-Luar-Negara-Sekolah tentang Malaysia. Powerpoint. Bahaha. Zaman bila kali terakhir aku guna bendalah tu. O jap. Awal tahun ni. Deng.

- Aku masuk kelab Fotografi yang sangat tak aktif. Ha.

Cakap pasal ada life, aku sepatutnya siapkan repot yang akan dihantar lagi dua minggu.

Ya.

Itulah kehidupan aku.

Written by Takahara Suiko

26 June 2010 at 22:33

Posted in Jurnal

Hanami yang tak berapa nak jadi.

with 10 comments

Assalamualaikum.

Hanami(花見), jika diterjemah secara langsung, bermaksud ‘tengok bunga’.

Jadi.

Lebih spesifik, berkelah di bawah pokok sakura sambil tengok sakura dan makan dan minum dan berkaraoke dan bermabuk bagi yang boleh minum.

Tapi kali ni ‘hanami’nya tak berapa nak jadi sebab sakura kembang dan jatuh awal(tahun ni sejuk…ya know, snow where there was never snow and schtuff).

Dan kami tak berkaraoke mahupun bermabuk bagi yang boleh minum sebab ada aku dan budak-budak kecil.

Tapi best berborak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung/Kelab Durian(rujuk pos sebelum ini).

Senior kacak pun join sekali, OHO makin bestlah jadinya.

Dah la kacak, kacak, suka budak-budak, kacak, dan baik, dan kacak.

Darn, cair.

Bagi aku, kacak lah. Bagi kau, aku tak tahu.

Lepas makan, main Bingo. Hadiahnya ialah baldi, kotak tisu, atau tupperware.

Hebat tak, aku dah pandai susun buah dalam bekas.

Elok-elok aku susun cantik-cantik sebelum pergi, sebab lari-lari tadi, dah bersepah.

Kiri ialah onigiri berintikan salmon, kanan bawah ialah salmon, potongan lemon(tah apekejadah aku letak lemon pun aku tak pasti), dan daun bawang(? Juga tidak pasti), dan kanan atas ialah telur + sayur(yang dibeli siap daripada pasaraya, cuma panaskan dan potong sahaja), potongan cendawan(baru aku sedar cendawan kena rebus dulu, ini tak, main goreng je) dan cebisan mozarela(main letak je, kononnya nak serasikan warna).

Ini memang habit orang Jepun; kalau makanan, kena sediakan elok-elok, kemas-kemas, cantik-cantik. Aku tak belajar pun buat tu, cuma rasa senang hati kalau bukak bekal pastu nampak kemas dan…cantik(?)lah. Bukankah anda begitu juga?

Aku bawak bekal sebab mereka masak barbeku. Adalah mereka sediakan seekor ikan apekebendetah untuk aku, masak kat frying pan. Tapi sedah gila doh. Siries sedap. Tak payah letak kicap ke garam ke sos cili ke. Tak goreng pun. Dari ikan yang mentah dalam plastik tu, setakat letak minyak sikit, lepas tu letak ikan dalam tu, biar sampai masak.

Tak taulah jampi apa dia letak, tapi memang sedap.

Frying pan hanya digunakan untuk masak sayur. Jadi, tidak dicemari najis mukhalazah.

Sayur dia pulak, aku tak taulah sayur apa, tapi manis.

Siries, manis.

Aku tak tipu, manis.

Ya bendalah itu sayur dan bukan buah, aku taulah aku makan apa.

Tengah main Bingo.

Senior kacak membantu seorang budak comel main Bingo.

Dari kiri : Ker Lee(Laos, Tahun Tiga, rakan sekelas), Anand(Bangladesh, Tahun Empat, senior), dan Tou(Laos, Tahun Empat, senior)

Nampaknya dah jadi semacam keperluan untuk senior tak guna nama sendiri. Contohnya, Anand tu nama sebenarnya Jihadi somethingsomething. Tou pulak…aku tak ingat sebab tulis bahasa Jepun, jadinya ejaan dalam Ruminya lain. Lepas tu, senior sebelum ni namanya Chatumadhu Senarath, nama Jepunnya Chatu Rika.

Tapi, mereka tukar nama pun sebab orang Jepun yang susah nak sebut nama mereka.

Kesian gak ah.

Tapi hari minggu ni paling best, bukan sahaja dapat makan percuma dan berjoli dengan senior kacak, malah sebab makcik-makcik yang menang baldi dan kotak tisu bagi aku hadiah-hadiah mereka. Lepas tu, sebagai pemenang Bingo pertama antara pelajar luar negara(ya, kami empat orang sahaja), dapatlah aku sebiji tupperware. Lepas tu, Anand menang tupperware, dia bagi aku jugak. Lepas tu, ada pakcik banker dalam kelab tu bawak tisu poket banyak-banyak, bagi aku tiga peket.

Gembira weh. Baru cadang nak beli baldi esok lusa.

——————————

Angau siot. Tak habis habis ‘senior kacak, senior kacak’.

——————————

Semalam aku beli gitar elektrik bass elektrik amplifier dua strap dan satu CD tanpa disedari.

Jumlah = 45,900 yen bersamaan dengan harga relatif Malaysia, iaitu RM459. Kalau darab empat pun lagi murah daripada apa yang boleh dapat kat Malaysia kan. Kan. KAN.

Kalau diikutkan, aku tak nak pun beli. Tapi sebab kalau nak masuk Kelab K-On* kena ada instrument sendiri. Kedekut betul. Baru plan nak pinjam kelab punya, rupanya tak ada.

* [軽音楽部, kei-on-gaku-bu, yakni kelab muzik untuk pemuzik solo(setakat ni macam tak ada) atau (biasanya dan acap kalinya) berkumpulan main gitar dan dram macam yang budak-budak Malaysia selalu buat lepas habis SPM. Tambahan, kelab tu lah yang paling tak sibuk, kelab lain (kebanyakannya) latihannya macam gila, dah la aku kena masak sendiri, kena solat. Kalau diikutkan nak aja join Kelab Treking, tapi sebab aku kena masak sendiri(dah la aku ni cepat kebulur) dan solat, agak sukar ya]

——————————

Jumpa lagi minggu depan. Kirim salam semua.

Written by Takahara Suiko

18 April 2010 at 16:34

Posted in Carut, Jurnal

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.