Hanami yang tak berapa nak jadi.
Assalamualaikum.
Hanami(花見), jika diterjemah secara langsung, bermaksud ‘tengok bunga’.
Jadi.
Lebih spesifik, berkelah di bawah pokok sakura sambil tengok sakura dan makan dan minum dan berkaraoke dan bermabuk bagi yang boleh minum.
Tapi kali ni ‘hanami’nya tak berapa nak jadi sebab sakura kembang dan jatuh awal(tahun ni sejuk…ya know, snow where there was never snow and schtuff).
Dan kami tak berkaraoke mahupun bermabuk bagi yang boleh minum sebab ada aku dan budak-budak kecil.
Tapi best berborak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik kampung/Kelab Durian(rujuk pos sebelum ini).
Senior kacak pun join sekali, OHO makin bestlah jadinya.
Dah la kacak, kacak, suka budak-budak, kacak, dan baik, dan kacak.
Darn, cair.
Kiri ialah onigiri berintikan salmon, kanan bawah ialah salmon, potongan lemon(tah apekejadah aku letak lemon pun aku tak pasti), dan daun bawang(? Juga tidak pasti), dan kanan atas ialah telur + sayur(yang dibeli siap daripada pasaraya, cuma panaskan dan potong sahaja), potongan cendawan(baru aku sedar cendawan kena rebus dulu, ini tak, main goreng je) dan cebisan mozarela(main letak je, kononnya nak serasikan warna).
Ini memang habit orang Jepun; kalau makanan, kena sediakan elok-elok, kemas-kemas, cantik-cantik. Aku tak belajar pun buat tu, cuma rasa senang hati kalau bukak bekal pastu nampak kemas dan…cantik(?)lah. Bukankah anda begitu juga?
Aku bawak bekal sebab mereka masak barbeku. Adalah mereka sediakan seekor ikan apekebendetah untuk aku, masak kat frying pan. Tapi sedah gila doh. Siries sedap. Tak payah letak kicap ke garam ke sos cili ke. Tak goreng pun. Dari ikan yang mentah dalam plastik tu, setakat letak minyak sikit, lepas tu letak ikan dalam tu, biar sampai masak.
Tak taulah jampi apa dia letak, tapi memang sedap.
Frying pan hanya digunakan untuk masak sayur. Jadi, tidak dicemari najis mukhalazah.
Sayur dia pulak, aku tak taulah sayur apa, tapi manis.
Siries, manis.
Aku tak tipu, manis.
Ya bendalah itu sayur dan bukan buah, aku taulah aku makan apa.

Dari kiri : Ker Lee(Laos, Tahun Tiga, rakan sekelas), Anand(Bangladesh, Tahun Empat, senior), dan Tou(Laos, Tahun Empat, senior)
Nampaknya dah jadi semacam keperluan untuk senior tak guna nama sendiri. Contohnya, Anand tu nama sebenarnya Jihadi somethingsomething. Tou pulak…aku tak ingat sebab tulis bahasa Jepun, jadinya ejaan dalam Ruminya lain. Lepas tu, senior sebelum ni namanya Chatumadhu Senarath, nama Jepunnya Chatu Rika.
Tapi, mereka tukar nama pun sebab orang Jepun yang susah nak sebut nama mereka.
Kesian gak ah.
Tapi hari minggu ni paling best, bukan sahaja dapat makan percuma dan berjoli dengan senior kacak, malah sebab makcik-makcik yang menang baldi dan kotak tisu bagi aku hadiah-hadiah mereka. Lepas tu, sebagai pemenang Bingo pertama antara pelajar luar negara(ya, kami empat orang sahaja), dapatlah aku sebiji tupperware. Lepas tu, Anand menang tupperware, dia bagi aku jugak. Lepas tu, ada pakcik banker dalam kelab tu bawak tisu poket banyak-banyak, bagi aku tiga peket.
Gembira weh. Baru cadang nak beli baldi esok lusa.
——————————
Angau siot. Tak habis habis ‘senior kacak, senior kacak’.
——————————
Semalam aku beli gitar elektrik bass elektrik amplifier dua strap dan satu CD tanpa disedari.
Jumlah = 45,900 yen bersamaan dengan harga relatif Malaysia, iaitu RM459. Kalau darab empat pun lagi murah daripada apa yang boleh dapat kat Malaysia kan. Kan. KAN.
Kalau diikutkan, aku tak nak pun beli. Tapi sebab kalau nak masuk Kelab K-On* kena ada instrument sendiri. Kedekut betul. Baru plan nak pinjam kelab punya, rupanya tak ada.
* [軽音楽部, kei-on-gaku-bu, yakni kelab muzik untuk pemuzik solo(setakat ni macam tak ada) atau (biasanya dan acap kalinya) berkumpulan main gitar dan dram macam yang budak-budak Malaysia selalu buat lepas habis SPM. Tambahan, kelab tu lah yang paling tak sibuk, kelab lain (kebanyakannya) latihannya macam gila, dah la aku kena masak sendiri, kena solat. Kalau diikutkan nak aja join Kelab Treking, tapi sebab aku kena masak sendiri(dah la aku ni cepat kebulur) dan solat, agak sukar ya]
——————————
Jumpa lagi minggu depan. Kirim salam semua.






kacak !
ko sorang je ke malay student kat sana?
laila
18 April 2010 at 16:56
Aku sorang je orang Malaysia kat kampus aku(Takuma).
Tapi dalam kolej(Kagawa National College of Technology), ada lagi sorang kat kampus Takamatsu(agak jauh ah. Nak gi sana dalam sejam).
Takahara Suiko
19 April 2010 at 16:13
ffffuuuuuuuuu (at the electric bass)
thrasher
18 April 2010 at 17:56
MUAHAHAHAHA.
I think i prefer the bass more than the guitar.
And my pocket money is hurting me(because i inflicted a very chronic(?) pain upon it).
Takahara Suiko
19 April 2010 at 16:14
i think he`s kacak too.
lyana
18 April 2010 at 21:17
YES!
Kalau Liyana kata kacak, memang ternyata kacaklah jejaka tersebut!
Takahara Suiko
19 April 2010 at 16:14
kacak! HAAHAA. mitometeru yo!!~
hihi. gle ar. nak dkt 5man ko abes camtuh je. woaha haha.
pjachan
20 April 2010 at 00:15
ok, kacak.
u’re the only malay in your kampus? woahhhh…
i’m gonna say this everytime i comment ur blog from now on.
jaga diri baik2. i hate u coz i’m still stuck here. MUAHAHAHAH XD
leeashroe
21 April 2010 at 21:51
taty aku da update!
Zahid
1 May 2010 at 12:40
They know how to give the appropriate gifts. Those buckets seems useful to me
:D:D:D
Kai
14 May 2010 at 08:24