Bapak best gila siot ada life.
Assalamualaikum.
Saya ada kehidupan.
AKHIRNYA.
Setelah beberapa minggu jugaklah tak keruan fikirkan masa yang berlalu begitu sahaja dibazirkan dengan…
Melongo.
Tak, itu bukan ayat bunga.
Sungguh aku fikir sebegitu.
Rasa penat gila sebab kejar waktu.
Sekali lagi, bukan metafora.
Suatu hari nanti kamu mungkin akan faham.
Lagi-lagi apabila kamu tinggal seorang diri di tingkat satu sementara orang lain tinggal di tingkat atas sebab senior minta sekolah sediakan pendingin hawa(Untuk pengetahuan kamu, ini merupakan susunan kata majmuk yang tepat. Sila rujuk cikgu Bahasa Melayu kamu untuk maklumat lanjut lagi terperinchi, maaf, terperinci) untuk pelajar luar negara sebab musim panas Jepun sangat, SANGATLAH menyeksakan.
Bayangkan kawasan geografinya seperti yang berikut :
- Kolej aku terletak di pekan(kampung?) Takuma, bandar Mitoyo, daerah Kagawa, pulau Shikoku(pulau paling kecil antara empat pulau utama Jepun). Kalau kamu rajin Google, silalah. Aku tak serajin itu belakangan ni.
- Seperti yang kamu sedia lihat kalau kamu Google Map, Takuma itu terletak di tepi laut. Ya, laut. Jadi kenapa musim panasnya menyeksakan.
- Kalau terletak di tepi laut, maksudnya hujan dia memang tak boleh belah lah. Bukan lebat sampai tahap Malaysia. Cuma…alah, hujanlah.
- TETAPI, kalau kamu lihat sekali lagi kedudukan Takuma itu, pekan tersebut terletak di kawasan lindungan angin.
- Ya. TAK ADA ANGIN LANGSUNG. Sampai ke tahap, tadi, waktu hujan dan aku naik bas ke pasaraya dan lalu tepi laut, aku perasan tak ada ombak langsung. Laut nampak macam tasik. Bukan. Macam lopak air. Kamu tak dapat bayangkan situasi tersebut, bukan?
- Dah lah tak ada angin, lepas hujan terus matahari naik. Lalu, udara sangat, sangatlah lembap. Rasa macam tak nak keluar langsung. Buka kipas lagilah panas. Itu, aku tak pernah rasa lagi, dengar senior cakap-cakap saja. Maklumlah bilik ada ekon.
Eniwei.
Di sini aku senaraikan maksud ‘ada kehidupan’ yan aku sebut awal tadi.
- Latihan badminton dari pukul 16 sampai 18 hari Selasa, 16-20 hari Jumaat, 09-12 hari Sabtu.
- 7 atau 8 haribulan Julai nanti aku kena buat persembahan sebab padan muka sape suruh mengada masuk kelab Light Music(Keiongakubu/Keionbu/K-Onbu).
- Repot eksperimen yang sangatlah ohsem. Ya bagi kamu mengkaji daya elektromotif dan rintangan dalaman sel kering itu sangatlah membosankan. Hei, sekurang-kurangnya aku tak bunuh katak dan seksa tikus.
- Cari maklumat tentang tempat-tempat menarik di Jepun. Kami ditaja untuk merantau, bukan untuk dok terperuk kat satu tempat lepas tu baca buku sampai tak ingat dunia, atau buang duit beli SLR lepas tu tangkap gambar dalam seting Auto. Baik tak payah hantar gi luar negara.
- Aku akhirnya memahami cara belajar terbaik setelah sekian lama membuat eksperimen pada diri sendiri sejak Tingkatan Satu dulu. Ya bunyinya skema tapi aku bahagia ulangkaji setengah jam satu subjek setiap hari sebelum tidur.
- 30 Jun, YA RABU NI, aku kena bentang kepada Tuhan-saja-tahu-siapa-yang-akan-datang-ke-Majlis-Pengenalan-Pelajar-Luar-Negara-Sekolah tentang Malaysia. Powerpoint. Bahaha. Zaman bila kali terakhir aku guna bendalah tu. O jap. Awal tahun ni. Deng.
- Aku masuk kelab Fotografi yang sangat tak aktif. Ha.
Cakap pasal ada life, aku sepatutnya siapkan repot yang akan dihantar lagi dua minggu.
Ya.
Itulah kehidupan aku.
Zahid
27 June 2010 at 05:19
That is barely a read-worthy reply.
Takahara Suiko
27 June 2010 at 08:58
mmg hebat r ko…. tahniah!! x sangke ko ske beriadah ek….
hahahaha… juz nk inform ko… ak da kuar intec….br abis xm….
izzati
29 June 2010 at 22:37
WO!
Tahniah!
Kau gi mana lepas ni?
Takahara Suiko
1 July 2010 at 19:08
WHAT?!
NO WIND?!
WHAT?!
NOOOOOOOOO WIND?!
WHAAAAAT?!
Kai
30 June 2010 at 14:04
…
Aku tu kau tau. Kau pegi waktu natsu gak kan?
Takahara Suiko
1 July 2010 at 19:08
A’ah, tapi dekat dengan Mt. Fuji. Apa pun tak nampak, nampak base dia je, sebab banyak sangat habuk diaorang cakap. Tapi adalah juga angin, takdelah sampai takde udara bergerak langsung.
Saya rasa saya tak boleh hidup dengan udara yang tidak bergerak. Tak rasa berat ke?
Sorry for the overreaction, but I’m really really surprised :O!
Kai
2 July 2010 at 18:34