Suikology.

Findings of a nonpareil unequalled unparagoned unprecedented deviant specimen.

Separuh Hayat.

with 20 comments

Assalamualaikum.

Aku tau aku tak berhenti tonton kau punya hala tuju.

Aku tau aku tak berhenti tunjuk kau hala tuju aku.

Aku tau aku masih berpegang rapi pada sebutir zarah harapan yang masih tak dikenal pasti half-lifenya yang kian menzahirkan gerutu.

Tapi.

Aku tak sedar kenapa aku kekal menonton cerita bodoh tu.

Aku tak sedar kenapa aku tetap membogelkan hidup aku.

Aku tak sedar kenapa aku yakin aku masih ada can selagi tak terpampang di akhbar betapa meriahnya pelamin kau berlagu.

Ada orang pernah kata.

‘It takes half the time you’ve spent with someone to forget them.’

Half-life yang orang rasa tak sama.

Dua hari lepas aku rasa, ‘Baru seminggu’.

Mak aku ingatkan, esok dah masuk dua.

Hari ni pula, aku rasa dah sebulan.

Padahal, masuk esok baru dua minggu.

Sekeju manapun lirik Lullabies dendangan Yuna berbunyi, ayat tu memang kena.

‘You’re my first ****.’

Bintang, sebab aku rasa perkataan tu dalam konteks Lullabies diaplikasikan pada situasi aku sekarang sangatlah menyakitkan hati.

Membazir.

Ugh.

Tahi.

Dengar balik Lullabies dari awal sampai akhir, memang pang kena sebijik rasanya.

‘I see you in all the pieces in my life.’

Sebelum ni aku tak berapa suka lagu Yuna sebab aku tak pernah rasa apa yang dia rasa.

Relationships.

Pusingan pertama, aku yang lepaskan sebab dia hidup dalam bayangan bahawa aku ini perempuan hot yang sekepala dengannya.

Dude. He told me to lose weight and wear kawaii clothes for Lord’s sake.

Pusingan kedua, alasan tersirat ialah keturunan lelaki alfa perlu dijaga.

Aku terlalu testicle-laden untuk ketua keluarga.

Ketua keluarga.

Yang merupakan seorang lelaki alfa.

Perempuan kena patuh cakap lelaki.

Bini kena dengar cakap laki.

Dia lupa.

Ibu hampir mati melahirkan anak ke dunia.

Syurga di bawah telapak kaki ibu.

Darjat ibu itu tiga kali lagi besar daripada darjat bapa.

Benar, suami itu ketua keluarga.

Suami ketua keluarga dari segi materi.

Tetapi ibu ketua keluarga dari segi rohani.

Anak perlu pentingkan ibu tiga kali lebih daripada bapa.

Ibu sahaja yang sebenarnya ada hak mengarah anak-anak.

Ibu orang perantara bapa dan anak.

Tapi dia lupa.

Sebab dia lelaki alfa.

Aku tak boleh nak paksa orang ubah fikiran.

Brainwash, no hal. Tapi yang membuat pilihan muktamad bukan aku.

Kalau Juruprogram tulis kod program ia ‘if (age = 1 + i) {output = testosterone++;}’, makanya kun fayakun.

Kalau Juruprogram tulis untuk aku ‘fat++ = face.taksegak’kun fayakun juga.

Termaktub sudah dalam Software yang kelancangan mulut aku takkan masuk dengan lopong gerigi puzzle piecenya.

Matinya restu ibu bapa.

Kau jumpa kekasih sejati pun tak guna.

Kalau dipaksa, nescaya hidup lara.

Kepala aku terlalu besar untuk dilaga dengan kepala orang.

Lagi-lagi orang yang sama gedabak kepalanya.

Bermati-matian pertahan darjat yang dibina, mahu pula diheret beban tu lepasi fana?

Pelepasan ketakpuashatian.

Kau kata ‘Ya’ berdekad pun.

Selagi dia tak merasa penangan bertrauma.

Selagi dia tak kena punk’d dengan Direktor dengan digodam habis fungsi mekanikal otaknya.

Selama dia masih lelaki alfa.

Selama itulah dia akan kata ‘No’.

Aku dah tak larat nak biar kau berpaut pada kail aku.

Aku sendiri dah penat bergayut pada kail kau.

Sebab aku terlalu berat.

Dan, hidup aku terlalu cerah untuk dilitupi mendung idola kau.

 

Advertisements

Written by Takahara Suiko

28 May 2012 at 08:16

Posted in Carut, Jurnal

20 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Burn his house, beat his mother. (this is meme in case u dont know)
    Sabar je lah… Ada jodoh nanti jumpa lelaki yang tak perfek, tapi complementary dengan segala sifat2 kau..

    Director di atas tu lebih pandai dari segala programmer di dunia ni combined..
    *Aku ingatkan ko ni orang banjar… haha..

    geligapictures

    28 May 2012 at 16:27

    • Ok that’s just way too creepy. Why Banjar?

      Takahara Suiko

      28 May 2012 at 17:49

      • sebab orang banjar kuat komplen kot? hahaha..
        keturunan sebelah arwah ayah aku bangsa banjar..

        dulu2 kalau balik kampung, sepatah haram tak paham kalau diorang start cakap banjar..
        skrg ni dah tak balik sana dah.. dah xda siapa..

        *******

        benda dah lepas, jangan dikenang,
        dalam dunia ni, berapa kerat je orang yang berkahwin dengan dia punya first love..

        true story. =)

        geligapictures

        28 May 2012 at 19:08

      • How old are you? Curious.

        Takahara Suiko

        28 May 2012 at 20:02

      • dayuummmm…. . hahaha..
        ape salah aku… aku cuma gugel blog ko je..
        klu blog ko hidden sampai ke deep web tu takpe la jgk..
        ni taip nama, dah kluar.. stalker pebendenye..

        geligapictures

        29 May 2012 at 16:58

    • 25…

      geligapictures

      29 May 2012 at 05:02

      • Good God am I good or what? I guessed 25. But online predators lie, so.

        Takahara Suiko

        29 May 2012 at 06:17

    • habih tu berapa pulak kalau bukan 25?
      takkan aku 52 pulak… that makes me a pedo… nooooooooo!!!

      geligapictures

      29 May 2012 at 16:28

      • Duh I’ve been assuming that since forever. Creepy paedophilic stalker

        Takahara Suiko

        29 May 2012 at 16:38

      • ok, i apologize if i sounded creepy to you. and me thinks indeed i was.. yelah tak kenal tak apa, tetiba komen mcm peluru sesat. I’m sorry. Je suis désolé. Verzeihung. Gomen.

        *ayat google, sori lg skali kalau translation salah.

        geligapictures

        30 May 2012 at 02:30

      • いいんですよ。I was being overprotective for my own sake.

        About the Banjar thing. Did you really guess or you made your research?

        Takahara Suiko

        30 May 2012 at 07:54

      • pasal banjar tu, ade hantu kat pokok besar depan bilik ko tu bgtahu.. hhahaha..

        eh… taklah, kan seblum ni ko link blog ni dgn ko punya twitter..
        terbaca pasal ada orang tanya ko ni malay ke?
        ko reply,seolah2 mcm banjar tu bukan bangsa malay pulak, banjar pun melayu juga apa. sama mcm jawa..

        then teringat kat orang kampung aku dulu2… pot pet2 tak berenti..
        taktaula, mungkin orang kampung aku je kot kuat pot pet, orang banjar kampung lain tak.. sebab aku tak pernah jumpa banjar kampung lain, so aku assume banjar = kuat pot pet..

        geligapictures

        30 May 2012 at 17:06

      • Wah, you have twitter? I thought you don’t exist on any other social networking site.

        Takahara Suiko

        30 May 2012 at 18:54

      • aku takde twitter..
        handphone aku terlalu 90s utk catch up semua benda2 baru ni..
        aku online pun guna laptop je..

        aku ada facebook, tp bukan email ni la.. 1 emel untuk semua benda nampak macam ah jib gor 1 malaysia sangat.. lol..

        geligapictures

        30 May 2012 at 19:38

      • Patutla cari tak jumpa.

        Nokia 3210?

        Takahara Suiko

        30 May 2012 at 19:55

      • ko minat aviation tak? check out my new videos on youtube..
        MAS punya latest fleet..
        Airbus A380…
        ko bertuah dpt tgk.. huhuhu..

        burung besi ni akan terbang 1 july..

        geligapictures

        31 May 2012 at 04:53

      • kapal ni baru landed kat malaysia siang semalam…
        kira video ni fresh lg la..

        ceh.. “Patutla cari tak jumpa.”
        kira stalker jugak la ko ni pun..

        aku guna Sony Ericsson C901..
        nak bertwitter mmg tak dapat la..
        Stakat amik gambar, video recording skit2 boleh la..

        geligapictures

        31 May 2012 at 05:33

      • Boredom.

        Takahara Suiko

        31 May 2012 at 06:51

      • demmm… i know someone who actually gonna jizz if dia dapat tengok the new MAS A380 live depan mata..
        video tu dah kira pendek la tu..
        kalau takde cut, maunya 1 jam gak menunggu…

        nak tow kapal bkn senang2 macam tow jeep ko yg jatuh parit tu.. hehehe..

        geligapictures

        31 May 2012 at 07:15

  2. Sabar separuh dari iman…..buang jauh jauh segala yg merumitkan…hidup bukan untuk disia siakan…insyaallah, Allah sentiasa bersama orang yg sabar.

    Izahkhalit

    28 May 2012 at 18:39


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: